Meriahnya Resepsi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025

Berita Terkait

mimbarumum.co.id – Konsulat Jeneral Malaysia di Medan 23 September malam menggelar Majlis Makan Malam berkaitan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 di JW Marriott Hotel Medan.

Majlis tersebut dihadiri lebih 300 orang tetamu undangan dari kalangan pegawai pemerintah Provinsi Sumatera Utara, Provinsi Sumatera Selatan, Provinsi Sumatera Barat dan
Provinsi Aceh. Juga dihadiri korps diplomatik serta tokoh-tokoh masyarakat Indonesia di Sumatera, khususnya daripada sektor perniagaan, perbankan, kesehatan dan pariwisata.

Shahril Nizam Abdul Malek, Konsul Jeneral Malaysia di Medan dalam sambutannya, berbagi hal seputar Malaysia. Menurutnya Malaysia kini sedang dalam tahap menuju status negara maju dan berpendapatan tinggi dalam tempoh 10 tahun. Sejalan dengan aspirasi kerangka Ekonomi
Madani. Ekonomi Malaysia berkembang dengan mapan sebanyak 5.1 persen pada tahun
2024 dan dan 3.6 persen pada tahun 2023.

Tahun 2024 Malaysia mencatatkan rekod tertinggi investasi dalam Sejarah, ada RM378.5 Bilion dan meraih lebih 207,000 pekerjaan pada 2024. ‘World Competitiveness Ranking’ 2025, telah meletakkan Malaysia di tangga 23, naik 11 anak tangga dari tahun 2024.

Shahril Nizam Abdul Malek juga menyatakan bahawa Malaysia berbangga menjadi pimpinan ASEAN pada tahun 2025 ini dengan tema ‘Inklusiviti dan Kelestarian’. Malaysia selaku pimpinan Asean telah menggembleng usaha untuk menyumbang kepada keamanan dan keselamatan di wilayah ini melalui kerjasama dan kolaborasi yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN.

Berkenaan hubungan dua negara Malaysia – Indonesia, Shahril Nizam Abdul Malek juga menegaskan bahawa Pada tahun 2024, Indonesia merupakan mitra dagang ASEAN ke-2 terbesar dan mitra dagang global ke-7 terbesar bagi Malaysia.

Jumlah perdagangan dua arah pada tahun 2024 bernilai US$25.50 bilion (RM116.29 bilion), peningkatan sebanyak 4.5% berbanding US$24.39 bilion (RM111.21 bilion) yang dicatatkan pada tahun 2023.

Pada tingkat Provinsi, nilai dagangan antara Malaysia dengan Sumatera Utara telah direkodkan melebihi US$1 bilion pada tahun 2024 dan Malaysia merupakan investor ASEAN ke-dua terbesar di Sumatera Utara.

Dalam bidang pelancongan, Malaysia menerima ketibaan 38 juta pelancong asing yang mana 4,1 juta orang merupakan pelancong dari Indonesia iaitu hampir 20% persen kenaikan daripada tahun 2023.

Sampai Juni 2025, kedatangan pelancong dari Indonesia telah mencapai 2,197,288 orang. Ini meningkat 14,8 persen dibanding tempoh yang sama pada 2024. Indonesia adalah pasaran pelancongan kedua terbesar bagi Malaysia dan Malaysia merupakan pasaran pelancongan terbesar bagi Indonesia.

Dalam sambutan balasnya, Drs. Basarin Yunus Tanjung, Asisten Pemerintahan dan
Kesejahteraan Rakyat yang hadir mewakili Pemerintah Provinsi Sumatera Utara
menegaskan bahwa, kehadiran Konsul Jenderal Mlaysia berperanan sebagai jambatan persahabatan antara Malaysia dan Sumatera, dengan memperkukuh hubungan dua arah dalam berbagai bidang seperti perdagangan, pendidikan, budaya, dan masyarakat.

Peranan ini bukan saja memastikan wujudnya persefahaman yang lebih mendalam antara kedua-dua pihak, tetapi juga membuka ruang kerjasama strategik yang memberi manfaat bersama. Konsulat Jenderal menjadi simbol komitmen Malaysia dalam membina hubungan yang erat, saling menghormati, dan berkelanjutan dengan Sumatera.

Pada majlis tersebut, para tetamu telah dihidangkan dengan makanan tradisional Malaysia
seperti sate, roti canai, nasi ayam hainan, nasi lemak, kuih-muih serta teh tarik. Para tetamu
jemputan juga telah dihiburkan oleh persembahan kebudayaan khas tarian dan nyanyian
lagu-lagu popular Malaysia.

Reporter: Rizanul Arifin

Tinggalkan Balasan

spot_img

Berita Pilihan

Sambut HUT ke-62, Golkar Medan Bagikan 3.062 Paket Sembako kepada Masyarakat

mimbarumum.co.id - Menyambut Hari Ulang Tahun (HUT) ke-62 Partai Golkar, DPD Partai Golkar Kota Medan menggelar aksi sosial dengan...