MISI GENCAR PELANCONGAN TOURISM, MALAYSIA TEMBUSI EMPAT BANDAR UTAMA DI INDONESIA

Berita Terkait

mimbarumum.co.id – Tourism Malaysia menganjurkan Misi Galakan Pelancongan ke empat bandar utama di Indonesia yaitu Medan, Yogyakarta, Jakarta, dan Surabaya bermula 10 hingga 18 April 2025.

Misi Galakan Pelancongan kali ini disertai oleh 36 pemain industri yang terdiri daripada syarikat pengendali pelancongan, pengusaha produk pelancongan, MM2H, syarikat penerbangan dan pengusaha hotel dari Malaysia yang akan dipertemukan dengan penggiat industri pelancongan dari Indonesia bagi memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara dalam industri ini.

Inisiatif strategis ini dilaksanakan seiring dengan pelancaran kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) serta sokongan ke arah merealisasikan Tahun Melawat IMT-GT 2023-2025 bagi mempromosikan wilayah serantau sebagai destinasi pelancongan tunggal.

YBhg. Dato’ Yeoh Soon Hin, Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia berkata, “Pasaran Indonesia kekal sebagai salah satu negara di Asia Tenggara yang tersenarai dalam lima pasaran utama penyumbang tertinggi ketibaan pelawat ke Malaysia. Misi ini perlu dimanfaatkan sebaiknya bertepatan kepengerusan ASEAN 2025 oleh Malaysia.”

Misi ini turut melibatkan penganjuran seminar dan sesi business-to-business (B2B) bersama persatuan pelancongan utama Indonesia seperti Asosiasi Travel Agen Indonesia (ASTINDO), Asosiasi Perusahaan Perjalanan Wisata Indonesia (ASITA), serta Asosiasi Pelaku Pariwisata Indonesia (ASPPI) dengan memperkenalkan kepelbagaian tawaran pelancongan ke Malaysia.

Selain menjadi semangkin kuat menarik lebih ramai pelawat dari Indonesia ke Malaysia, program ini juga mengukuhkan manfaat ekonomi jangka panjang bagi sektor pelancongan kedua-dua negara.

Selain itu, Tourism Malaysia juga akan mengadakan pertemuan dengan penggiat industri pelancongan utama Indonesia, termasuk syarikat penerbangan dan Online Travel Agencies (OTA) seperti Tiket.com dan Traveloka.

Selain itu, Batik Air juga menawarkan diskon khas kepada pelancong Indonesia yang datang ke ibu negara untuk tujuan perubatan.

Dalam mempromosikan warisan budaya Malaysia, Kumpulan Marriot Bonvoy turut serta bersama Tourism Malaysia mengadakan promosi kebudayaan dan kuliner dengan membawa delapan orang chef mereka dari Malaysia ke empat hotel rangkaian tempatan iaitu JW Marriott Medan, Yogyakarta Marriot, The Ritz-Carlton Jakarta Mega Kuningan dan Sheraton Surabaya berskaitan misi ini bagi memperkenalkan makanan Malaysia yang enak lagi unik.

Jumlah ketibaan pelawat Indonesia ke Malaysia seramai pada tahun 2024 adalah 4,145,127 orang peningkatan sebanyak 19.1% berbanding tahun 2023 dan 6.8% berbanding 2019. Sehingga Mac 2025, terdapat 580 penerbangan mingguan dari Indonesia ke Malaysia dengan 106,134 tempat duduk tersedia setiap pekan.

Reporter: Rizanul Arifin

- Advertisement -

Tinggalkan Balasan

- Advertisement -

Berita Pilihan

Muhammad Nuh: Indonesia Menempati Peringkat 115 dari 180 Negara Terkait Upaya Pemberantasan Korupsi

mimbarumum.co.id - Badan Akuntabilitas Publik (BAP) DPD RI merasa prihatin dengan kondisi Indonesia terkait korupsi. Betapa tidak, Transparansi International...